Wednesday, March 31, 2004
3:52 PM
|
FREE EDUCATION FOR THE DAY..
Semalam dengan hari ni lengkaplah one horror movie per day aku tengok.Memang tak suke sangat nak tengok horror movie nie.Takut terbawa-bawa lepas tengok which defenitely I will. Imagination runs wild...tapi..for the thrill of it tengok jugak la. Enough of that posting kali nie nak kasik something educational sikit.Pernah buat sesi teka teki dengan member-member pasal nie.Ramai yang tak dapat jawab dan rase jawapan cam geli hati tapi..memang betul info nie.Rase2nye ramai tak tau info-info nie..
Coca-Cola was originally green.(mesti pelikkan coca cola hijau!!)
The most common name in the world is Mohammed.
The name of all the continents end with the same letter that they start with.
The strongest muscle in the body is the tongue.
It is impossible to lick your elbow
It is physically impossible for pigs to look up into the sky.
The "sixth sick sheik's sixth sheep's sick" is said to be the toughest tongue twister in the English language.(try sebut tengok!)
If you sneeze too hard, you can fracture a rib. If you try to suppress a sneeze, you can rupture a blood vessel in your head or neck and die.
A snail can sleep for three years.
All polar bears are left handed.(some people are left handed..so,some people are bears..betul ke penaaakulan mantik nie :) )
The ant always falls over on its right side when intoxicated.
Wearing headphones for just an hour will increase the bacteria in your ear by 700 times.(yikes!!)
Like fingerprints, everyone's tongue print is different
And finally 99% of people who read this will try to lick their elbow.
Hehehe..got you!!
Tuesday, March 30, 2004
7:22 AM
|
Apa hendak jadi dengan bakal-bakal pemimpin negara kita???
Sedih benar hati membaca surat khabar hari ini. Seorang lagi pelajar menjadi mangsa keganasan pelajar-pelajar lain yang tak mampu mengawal nafsu amarah mereka.Seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Agama Datuk Klana Petra Maamor, Ampangan di sini mati selepas dipercayai dibelasah oleh sekumpulan 14 pelajar senior di asrama sekolah itu, semalam.Mangsa, Mohamad Farid Ibrahim, 16, dari Taman Desa Anggerik, Senawang, yang mengalami kecederaan serius pada kepala, usus dan hati meninggal dunia di Hospital Seremban. Apa nak jadi sebenarnya??? Tak ada lagikah rasa perikemanusiaan sesama manusia? Mana hilangnya sifat kasih mengasihi sesama umat manusia? Sampai benar hati mereka memperlakukan arwah sedemikian rupa. Arwah telah diikat kedua-dua tangan dan kaki, dipukul secara bertubi-tubi di seluruh badannya hingga menyebabkan tengkorak kepala retak, usus dan hati serta pundi kencingnya juga turut pecah. Kenapa sekarang kita sering di kejutkan dengan berita-berita sedemikian tentang keterlanjuran perbuatan remaja-reremaja Islam. Seolah olah merekan tak depat lagi membezakan perbuatan baik dan buruk malah tak dapat memikirkan langsung akibat buruk perbuatan mereka sendiri. Kesan pada diri sendiri,keluarga,masyarakat dan agama. Apa akan jadi kalau perkara sebegini berterusan? Tepuk dada tanya selera...
Monday, March 29, 2004
5:13 AM
|
Ku mengintai ketenangan di antara kekalutan
Kerana keinginan tidak pernah kesampaian
Ku kutip sisa-sisa dari segala keruntuhan
Bangkit semula meneruskan baki perjalanan
Ku menghimpun kekuatan ku memohon ketabahan
Meredah gelombang hidup dan dugaan mencabar
Ku anggap kegagalan bukan suatu kekalahan
Tapi suatu kejayaan yang masih tertunda
Ku meminta diberikan sejenak kesempatan
Untuk ku ulangi kembali langkah pertama
Keperitan yang ku rasa mengajar erti kesabaran
Menyedarkan ku insan memerlukan Mu Oh Tuhan
Di rimbun keampunan ku mencari keredhaan
Melerai segala kusut dan kecamuk dihati
Ku cari kejernihan di segenap ruang maya
Masih ku sedar ku sedang diperhatikan Mu Oh Tuhan
......sabarlah hati ini...sabar itu separuh darpada iman.
(ingatlah) bahawa dgn mengingati Allah s.w.t akan menenagkan hati..
YaAllah..tiadalah yg mudah melainkan Engkau jadikannya mudah, dan Engkau yg menjadikan kesukaran itu mudah bila sahaja Engkau kehendaki
Friday, March 26, 2004
6:07 PM
|
MONOLOG SEORANG AKU 2 - BICARA HATI
Dia membongkokkan diri satu meter di hadapanku sambil tangannya mengambil sesuatu. Apa? Dia datang semata-mata hendak mengambil bola hoki yang kebetulan melantun ke arahku. Tak mengapa. Mungkin lain kali kita boleh berkenalan, pujuk hati kecilku. Aku menundukkan muka menahan rasa kecewa yang mula beraja di kalbu.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kenapa baru hari ni awak nak tegur saya?"luahku. Padahal hampir setiap petang saya di sini. Ayat yang terakhir hanya bermain di hujung bibir. Tidak berani aku menyatakannya.
"Oh!" Dia ketawa kecil. Lesung pipit terbentuk di pipinya yang licin tanpa sekelumit jerawat. Kacak dia saat itu. "Awak tunggu saya tegur ke?"soal Mar setelah tawanya reda.
"Mana ada saya tunggu. Awak jangan nak perasan." Aku menarik muka masam. "Saya cuma tanya saja," sambungku perlahan. Aku melarikan pandangan ke arah lain.
"Saya pun tanya saja," balasnya sambil tersenyum.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kebisuan ini sungguh menyiksakan. Dia seperti merahsiakan sesuatu. Ada perkara yang cuba diselindunginya. Dari sinar matanya aku dapat rasakan dia cuba menyampaikan sesuatu. Katakanlah sesuatu, teman! Kerana aku tidak bisa menafsirkan renunganmu itu.
Bibirnya bergerak-gerak, berkumat-kamit. Aku menanti dengan penuh debaran. Tetapi ia yang berlaku adalah yang sebaliknya.
"Rasanya aku patut pulang sekarang."
Aku hanya mampu mengangguk
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
-dipetik dari Relevantkah aku dihatimu-
Hati adalah satu bahagian tubuh yang paling kuat tetapi juga paling lemah. Sekuat-kuatnya hati dapat membantu kita menghadapi apa jua rintangan. Biar beribu cabaran datang jika hati kita kuat segalanya dapat diatasi. Tetapi jikalau hati kita lemah sekecil-kecil masalah akan memudaratkan kita. Hati manusia sukar di duga. Diluar nampak segalanya baik tetapi didalam tak siapa yang tahu. Mungkin wangi mungkin juga busuk. Tapi betapa kita cuba menduga hati ia tetap misteri. terlalu banyak ruang-ruang rahsia di dalam hati. Misteri, unik ,tersendiri..itulah hati. seorang Ada hati yang payah dilentur dan diubah. Biar seribu kali dicuba dan diduga tetapi hati itu tidak mahu berubah. Keras.Ada pula yang mudah berubah hanya dengan sesuatu perkara yang mudah.
3:13 PM
|
MONOLOG SEORANG AKU 1
Kenapa aku asyik benar terlupa? Mungkin terlalu banyak tertelan semut agaknya setiapkali meneguk air masak di dapur. (masa musin semut menyerang...pelupa 44 hari bagi setiap ekor semut..benarkah?). Lupa pada banyak perkara. Kata orang overlook certain things. Bila teringat kembali aku jadi malu. Malu pada diri sendiri dan juga malu pada orang yang aku lupakan. Acapkali aku terlupa betapa pentingnya mereka dalam hidup aku. Hadirnya mereka banyak membantu mencorakkan diri aku. Penuh dengan warna warna perasaan dan kenangan. Biar hadirnya itu menyakitkan atau mengembirakan ianya tetap terkesan dalam lipatan hidup ini. Kadang -kadang kita buat-buat lupa saja. Cuba lari dari takdir itu pengecut sahaja bunyinya. Cuba melupakannya dengan harapan kenangan itu akan pergi jauh meninggalkan diri. Bolehkan begitu? Tanyakan saja pada yang bertindak begitu.Aku hanya seorang yg terlupa. Bukan melupakan. Aku sering terlupa hingga ada yang menyifatkan aku selalu take things for granted. Biar pun aku menafikan tapi ada benar juga bunyi kenyataan itu. Kekadang aku begitu. Bila segalanya di depan mata aku selalu terlupa menhargai. Bila tiada aku jatuh terduduk mengenangkan perkara lalu. Pasti ada yang menganggukkan kepala bila membaca baris ayat ini. Aku pernah lupa pada pentingnya kehadiran mereka dalam hidup aku.Akhirnya aku juga yang rasa kehilangan. Perlupa,terlupa dan melupakan..kesan perbuatan tetap sama. Pedih dan menyakitkan. Kosong dan sepi.
Thursday, March 25, 2004
5:07 PM
|
HAPPY BIRTHDAY ANA!!
Jello..jello..jello
Semoga panjang umur ,mudah rezeki..
Monday, March 22, 2004
4:34 PM
|
SEKADAR RENUNGAN DAN UNTUK DIFIKIRKAN
Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat dimata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terima lah seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga keakhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu kehilangannya dan kamu akan menyesal apabila dia beralih arah.
Friday, March 19, 2004
12:27 PM
|
Hati seorang mukmin itu:
Buminya - makrifah.
Langitnya - iman
Mataharinya - rindu.
Bulannya - cinta.
Bintangnya - buah fikiran.
Tanahnya - kemahuan.
Dindingnya - keyakinan.
Awannya - akal.
Hujannya - rahmat.
Pohonnya - ketaatan.
Buahnya - hikmah.
Dan ia mempunyai empat tiang iaitu:
Tawakl,
Sabar,
Yakin,
Kemuliaan.
Padanya jua ada empat pintu iaitu:
Ilmu,
Akhlak mulia,
Redha,
Tabah
Ya Allah..terasa diri aku ini insan yang begitu lemah.Mudah hanyut dalam keindahan dunia.
Maka Kau kurniakanlah diri ku ini lisan yang lembut basah mengingati namaMu,hati yang penuh segar mensyukuri nikmatMu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintahMu....
Thursday, March 18, 2004
12:33 PM
|
Wednesday, March 17, 2004
4:51 PM
|
Aku mahu buktikan pada dunia, masih wujud lagi kesuciaan dan kesetiaan...
-petikan dari Perempuan Melayu Terakhir-
Terpanggil memikirkan soalan yang di ajukan seseorang semalam.Bila orang bertanyakan tentang teman.Apa reaksi anda?Saya lebih suka mendiamkan diri dan tersenyum. Bukan apa..soalan yang tidak mampu dijawab lebih baik biarkan saja..Ia percaturan takdir..bila mana ia tiba kita akan berdepan dengannya hanya masa ,waktu dan ketikanya saja belum pasti. Mencari teman bukanlah semudah kata. Susah tau!Bukan juga terlalu memilih cuma belum masanya saja.
Ditanya pula tentang kisah lama. Saya senyum lagi.Kenapa dengan kisah lama?
Tuesday, March 16, 2004
5:35 PM
|
manusia itu penuh misteri
terlalu ingin jadi pekasa
menahan tangis dalam tawa
menahan derita dalam gembira..
tapi kekadang dia lupa
adakalanya menangis itu lebih baik untuknya
bila derita datang bertamu....
dia bersendiri...
kononnya mencari kekuatan dalam diri
tapi kekadang dia lupa
kekuatan itu datang bila ada tangan lain menyokong
memikul sama beban yang satu..
dan paling utama..petolongan dari Yang Satu..
*ape yang aku tulis nie?...
5:24 AM
|
Song title : You belong to me
Sing by : Jason Wade (Lifehouse)
Monday, March 15, 2004
6:29 PM
|
HAPPY BELATED BIRTHDAY TO WAN FAZIATUL AMIRA!!
Saturday, March 13, 2004
9:11 AM
|
Tertarik benar dengan mesej Quit seorang sahabat di MiRC..
..... wanita bukan dijadikan dari kepala untuk dijunjung atau drpd kaki untuk dipijak tetapi drpd tulang rusuk sebelah kiri, dekat dgn hati untuk dicintai dan disayangi..dan dihormati
Melabelkan wanita sebangai second-class dalam semua perkara adalah sangat bias.Tidak adil.Keadilan itu bukanlah terletak pada kesamarataan dalam setiap perkara seperti yang di war-warkan oleh Barat cuma keadilan dalam ertikata meletakkan sesuatu itu pada yang hak.
Seperti kata seorang ustaz yang saya kenali..
..memberi hak pada yang berhak itu lah dikatakan adil dalam ertikata sebenarnya..malah itulah keadilan yang diperjuangkan dalam agama kita..tidak melanggar norma-norma hidup
Sambutan Hari Wanita sedunia esok bertemakan "Respeks Wanita". Menjadi mangsa keganasan rumahtangga itu bukan takdir tapi pilihan. Mahu menyerah dan membiarkan maruah dipijak lumat atau pun mahu mengubah keadaan biarpon tidak sepenuhnya tapi sekurang-kurangnya sebaik-baik yang mampu. Bukan meminta wanita menentang suami atau sesiapa kerana memang sudah termaktub bahawa suami itu perlu dihormati.Cuma sekadar tidak hanya membiarkan diri diperkotak-katikkan oleh keadaan.Sedang Islam mengariskan penyelesaian untuk masalah-masalah sebegitu.
Wanita itu jiwanya lembut..hormatilah mereka kerna penghormatan itu akan dibalas dengan kasih sayang yang tidak kunjung padam. Respek lah wanita-wanita di sekeliling anda.
Friday, March 12, 2004
6:15 PM
|
Sudah pukul 2 pagi. Berbekal kan secawan nescafe STRONG saya gagahkan diri mengadap skrin komputer.Progress report mesti nak kena settle kan jugak.Esok (13 Mac) akan berlaku gangguan bekalan elektrik dari 8 pagi hingga 5 petang atas sebab penyambungan kabel HT di MIS 11KV GDC. Kawasan terlibat ialah V3 & V4, New Acad Building, Pocket C & D, Chancellor Complex dan GDC. Kerana saya ahli setia V4 (dari awal sampai dah tahun akhir nie) so, terlibat samalah esok.
Tengah ketandusan idea nak mengeluarkan buah fikiran dan mencari facts untuk support idea projek saya yang tah hape-hape (sampai sekarang kadang-kadang rasa kurang yakin dengan projek sendiri..huh..bahaya tue). Tiba-tiba terfikir...tentang kerja. Memandangkan otak tengah berkecamuk bermacam-macam masalah terfikir secara random ; tak tentu masa yang constant hanya bab makan..hehehe.Bila sebut tentang kerja dahi automatik berkerut seribu. Persoalan yang saban hari masih tak dapat nak diuraikan. Memilih kerja itu satu masalah.Memilih bidang untuk terjun juga satu masalah. Pada saya biar memilih yang sesuai kerana titik mula membina karier adalah dari situ. Nak jadi wanita berkarier..of course!Kalau tidak buat apa habiskan masa,tenaga dan wang ringgit untuk tempoh pengajian yang dah hampir 17 tahun. Terlalu terbiasa menjadi student juga penyebab rasa takut ke alam kerja. Sudah terlalu terbiasa jadi untuk menukar suasana dan title sepenuhnya memang agak menakutkan.Tanya lah pada mana-mana student..dari student kepada pekerja..huh..scary!
Macam kata seseorang alangkah mudah menjadi kecil.Dahulu cita-cita kita mudah..jadi pegawai polis,guru,bomba,doktor dan peguam.Tapi hakikatnya..
Today's titles are more illusive - Solutions Architects (who have nothing to do with buildings), Account Managers (who have nothing to do with book-keeping), or Analysts.
Haha..those were the simple days in our life.
Sekarang nie, bila nampak iklan merata-rata (mostly online) hati jadi bercelaru.Kemana arah tuju? Mahu jadi apakah?betulkah bidang itu yang kamu mahu?Kata orang jangan memilih kerja ,sekarang nie "employer market" bukan "employee market".Peluang kerja terhad.Mana peluang yang ada sambar aje dulu. Tapi..betulkan harus buat begitu?Bazirkan masa untuk kerja yang hati kita tak betah langsung menerimanya.bagaimana ya?
3:21 PM
|
Another one..
hand holding - you like to be in constant
contact with your special someone but you don't
want to take things too quickly.
What Sign of Affection Are You? brought to you by Quizilla
3:14 PM
|
I've tried this quiz and came out :
Heart of Crystal
What is Your Heart REALLY Made of? brought to you by Quizilla
p/s= something I've done in between my unfinished work *wink*
10:24 AM
|
Lihatlah...blog saya sudah berwajah baru. tada!!Memang sudah lumrah kalau waktu busy masa itulah idea dan kreativiti datang mencurah-curah. Kali ini terhasil la pulak design sendiri. Memang sudah lama terniat nak tukar wajah blog ini. Bila pakai blogskin terasa macam tak ade identiti pulak. So terus buat design sendiri. Memang mahu yang simple. Tanpa theme tertentu. Biar fleksible.
Bila sudah reda sikit beban kerje yang bertimbun nie saya berniat untuk mula menulis.Mahu tulis benda baru..
(pesan pada diri..kurang kan bebelan tentang rutin hidup sendiri..ade ke orang yang nak dengar?)
Friday, March 05, 2004
5:02 PM
|
Look! A pirate movie is coming up next week!
Those film critics said it a rousing cinematic escape….they give it two thumbs up!
Is that good?
It sound like they each held back a thumb…!
4:55 PM
|
MY MOMENTS IN TIMES
Finally it is holiday again...*smiling*. Having a break in the middle of crazy semester is a bless. I have been looking forward for this holiday for quite sometime. Despite the fact that I have to cut it short and get back early to campus coz projek banyak lagi tak siap; I am happy. Haha..”yani apasal ko ni asyik happy jer ko tak susah hati ke”Mesti la susah hati jugak but there is a fact that says people seem to worry too much in their life compare to what they do to overcome the worries. So why worry?*wink* you just increasing your blood pressure. Just enjoy the moments while you still can. Do not make you complicated life more complicated. Here are some of my moments *wink*
THE LATEST…I cause a stir in library. I accidentally knock down a rack full of book, each one as thick as dictionary *Kedebumm*. Luckily nobody saw me and none of my friend was there to laugh at me. Hahaha...lawak bodo...
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
PREVIOUSLY…indulge the sweetness of CRUNCH ice-cream again. and again...and again...abih la gemokkk!!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
BEFORE THAT…Tragedi sandal putus tengah tengah jalan. Result , terpaksa jalan mengheret kaki sampai bilik. *Hehe* Kontrol..Kontrol…
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
CAUGHT WHEN...my friend and I tried to take more extra desert during school time. Makcik dewan makan shout at us....Bergegar satu dewan makan.
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Wednesday, March 03, 2004
1:17 PM
|
No idea.Just leaving you my
favourite comic. messages?..read between the lines guys!...*wink*
Click on the link above to read
Tuesday, March 02, 2004
6:41 PM
|
Yesterday evening while walking back from my late evening lecture I somehow lost in my own thought. It surprises me how much I enjoy that moment. For a few minutes I just feel that I was embracing a good evening walk; a time of my own. At a hectic semester like this a quiet moment in my own are rather valuable. Not until a very loud voice merge from guys block; trying to woo girls that passing by. How typical!
Anyway, my rather mellow feeling seem hard to find lately (that already ruined today).See...I don’t have the ability to create such feeling for my self anymore! Feeling of belonging and comfortless, serenity and quietness, appericiative and sensitive. But again to my surprise a simple gesture always make my day. I am person who usually move by simple things. Listening to a very smooth song written by
Van Morrison actually bringing the mood back to me. The words might not refer to my condition since I dont actually have ‘somebody’ to refer to *wink* but I treasure the feeling it bring to me though...
CRAZY LOVE
female singer version
I can hear his heart beat for a thousand miles
And the heavens open every time he smiles
And when I come to his that's where I belong
Yet I'm running to him like a river's song
Chorus:
He give me love, love, love, love, crazy love
He give me love, love, love, love, crazy love
He's got a fine sense of humor when I'm feeling low down
And when I come to him when the sun goes down
Take away my trouble, take away my grief
Take away my heartache, in the night like a thief
Chorus:
Yes I need him in the daytime
Yes I need him in the night
Yes I want to throw my arms around him
Kiss him hug him kiss him hug him tight
And when I'm returning from so far away
He gives me some sweet lovin' brighten up my day
Yes it makes me righteous, yes it makes me feel whole
Yes it makes me mellow down in to my soul
Chorus
p/s= Being so romantic at heart..
5:12 PM
|
Mega Malaysia Sales just around the corner; wondering why I am being so alert on this upcoming event…*wink*...I am just a girl who loves to shop. It is purely genetic!!*hehe* But. There is always but…in my sentences I just prefer to stick to window shopping. Why? Because I am just a natural bargain hunter *am I?*. I do not like buying stuffs from head to toe and grab whatever choices available whereby at the end of the day I will start shaking my head and regret for all those silly spontaneous choices that I make.
Anyway I do have something on my mind in my to-buy-list that already been due for almost 3 Mega Malaysia Sale seasons. I will let you guys know when I finally buy it.
Just a few hints for anybody curious enough and like guessing games...
It is something with stylish and sophisticated design, macro function, and macro shooting.. 3x Zoom-Nikkor; 5.8-17.4mm (35mm [135] format equivalent to 38-115mm); f/2.8-4.9; 4x digital zoom
hehe...i just reveal too much..might spoil the surprise*wink*
Monday, March 01, 2004
7:56 PM
|
Ralat= refer pada posting saya (asyura) ttg 14 amalan pada 10 Muharram.Tolong recheck infonya.Ada kekeliruan ttg kesahihan sesetgh amalan (rujuk hadis sahih ).Plz check before amalkan.Maaf dari saya yang buat kesilapan.
2:57 PM
|
Alhamdulillah sempurna jugak puasa hari nie. (sempurna dalam ertikata dapat puasa utk one whole day dari segi lain ..banyak lagi nak kene repair). Masa berbuka dekat Jambu Cafe tadi kami berbual-bual mengenai banyak perkara termasuklah mengenai ketentuan Allah. Macam kisah arwah Che Minah @ Aslida. Walaupon saya tak rapat sangat dengan arwah tapi kawan-kawan yang makan sekali ptg tadi antara housemate dan rakan sekerje arwah ( RCSU).Jadi banyak juga lah cerita yang saya dapat. Yang saya tau arwah nie rakan satu sekolah kawan saya Iffa dan Ujie. Anyway bebalik pasal ketentuan tuhan nie macam kate seorang sahabat
allah adalah rab,pencipta kita...setiap berlaku adalah atas kehendakNYA,kita merancang allah menentukan...kita rancang A-B, tapi allah rancang A-Z
Kite plan paling baik untuk hidup kita,karier kite,future family kite tapi Allah ade plan yang lagi baik untuk kite.Cuma kadang kadang kite overlooked kebaikan yg tersirat tue.Bila berlaku musibah atau tragedi dalam hidup kita atau orang yang rapat dengan kita itu jadi peringatan untuk kita secara tak langsung. Ajal maut semua di tangan tuhan. Kalau dah termaktub yang kita akan pergi lebih awal dari orang lain maka pergilah kita.
Macam satu ketika saya sakit. Berbulan-bulan berulang alik ke Ipoh Specialist tu. Saban hari saya jdi tetamu setia Dr.Zakaria yang tak habis-habis becerita pasal USM jadi UTP hehe..Ubat dah berbungkus-bungkus di telan.Duit jangan cakapla.Hari-hari saya menangis lepas sembahyang (first time buat pendedahan nie..malunya..). Bila hati kita lemah, fikiran bercelaru, emotional banyak yang kita pertikaikan. Tapi mujur ada mama dan baba. Ingat lagi kata baba.dah tak berapa ingat exactly ayat die tapi takpe la saya rephrase balik.
Bila tuhan berikan kita kesakitan itu ujian, untuk uji kesabaran kita. Itu jugakla tanda yang Allah sayang dekat kita. Dia mahu kita sentiasa dekatkan diri dengan Nya.Bila diberikan kita sakit kita akan ingat padaNya.
Bila mengenang kan ini ujian Tuhan hati mule start tenang sikit.Alhamdulillah dalam beberapa bulan lepas tue saya ok.
So macam saya kata tadik semuanya ketentuan Tuhan.So walaupun tak kenal rapat mari kite ramai ramai pegi majlis tahlil arwah Che Minah kat masjid nanti. Doakan kesejahteraan arwah. Moga moga nanti ada orang yang doakan untuk kite.
p/s= tak berani nak cakap banyak pasal ilmu saya sangatlah sedikit.