Wednesday, January 31, 2007
3:26 PM
|
Bayangkan...Kedai roti yang menyajikan roti sedap - sedap sepelaung je dari tingkap rumah anda.
Pagi-pagi (contohnye pagi tadi, ketika matahari baru nak kluar dan semalam hujan anda berdiri depan bus stop sambil terbau aroma roti - roti tu semua)
Chocolate rolls,danish bread,butter croissant,apple pie,rasberry tartlet.
Ape lagi mau??
Sunday, January 28, 2007
11:39 PM
|
In a split second, you paint my world red and blue.There is always these person. One particular person. In your life. Just this one. Comes like the wind. Gone before you knew it. Brushes you heart. You felt it but could hardly catch it. They induce dream, but you don't dare to follow through.
Just a split second.
A blip.
But the dream stay with you forever.
An the there is these other person. Just one other. Might be the same one.(sometimes) Comes like wind and Gone before you knew it. Speak of the thruth and make you think instead of dreaming. Very good at opening you mind. Very capable of making you loose all unwanted imagination. Makes you wake up in the middle of the night and rethink of your past act.
Just a split second.
But the thought remains forever.
Life is never a straight line.
Friday, January 26, 2007
10:33 AM
|
Perkara Satu : Untuk Kita SemuaThanks Kak SarahKENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
Al-Ankabut:2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Al-Baqarah: 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
Al-Baqarah:286
Perkara Dua : Dua . Puluh . LimaBukti peralihan masa,waktu dan ketika.
Selamat datang
Dua . Puluh . Lima
Tuesday, January 23, 2007
2:09 PM
|
Dari MawardewiRindu bayangan ditiup angin lalu
Singgah seketika didedaun jendela ku
Menghantar sesuatu yang yaman dan sayu
Menyerap kalbu mengocak peristiwa lalu.
Rindu bayangan bermain seiring dengan realiti
Jika dibiarkan akan terhanyut diri
Terus dipukul gelombang arus mimpi
Setelah harapan dan kasih tidak dapat menjadi.
Rindu bayangan sebagai mainan kalbu
Sementara dia tersenyum dapat pergi berlalu
Bersama harapan dan kata-kata kasih yang keliru
Biarkan aku terpacak di sini meneruskan hidupku
Rindu bayangan ku harap lenyap dari ingatan
Ingin ku teruskan perjalanan berbalut dengan Iman
Memberi kasih menabur sayang pada yang mengharapkan
Mewarna-warnikan suasana kehidupan sesama insan
--------------------------------------------------------------------------------
Friday, January 19, 2007
12:28 PM
|
First DateIngat first date anda? Saat perasan bercampur warna. Panik,excited,asyik,takut, malu,ingin. Rasa macam nak sorok aje muka bawah meja. Ingat?
Musim salji mungkin sudah separuh jalan tapi semalam lah hari pertama bertemu dengan musim salji sebenarnya. Semalam salji sudah turun. Semalam first date saya dan musim ini.
Siap sudah step pertama untuk assignment baru. Lega.Phew!
Tunggu Sekejap, Wahai KasihDalam banyak-banyak lagu Allahyarham P.Ramlee,
'Tunggu Sekejap' lah favourite. Mungkin sebab dulu masa kecik asyik kene brainwash tengok cerita Sarjan Hassan aja dengan Affa. Die minat pon sebab cerita tu cerita askar. Ha-ha.
Tapi lagu tue memang sedap. Tak tahu kenapa tak ramai orang menyanyi kan balik lagu tue.Yang ade pon Cik Shiela Majid.
Tunggu sekejap wahai kasih
tunggu la sampai hujan teduh
mari ku dendang
jangan mengenang orang jauh
jangan pulang
jangan tinggalkan daku seorang
tunggu sekejap,kasih
tunggu....Tunggu.Menunggu.Menharap kan sesuatu untuk tiba,jadi. Tunggu nak balik dari seharian bekerja.Tunggu cuti umum.Tunggu hari gaji.Tunggu hari bahagia. Tunggu result SPM keluar.Tiap-tiap hari kita menunggu.Tiap tiap ketika kita menunggu.
Menunggu itu mengharap. Kalau dah tak ada rasa menunggu dan mengharap manusia dah tak ada benda nak looking forward to. Hidup kurang bermakna.
Saya ada banyak perkara dalam list menunggu.
Thursday, January 18, 2007
10:38 AM
|
Tambah satuLewat Disember.Umur blog bertambah satu lagi.Kalau ikutkan umur kucing sudah kira di usia remaja.(Pukul rata 1 tahun manusia : 5 tahun kucing).Ok si manis 15!
Seperti mana-mana gadis belasan, ini lah masa eksperimentasi.Cuba,tukar,cuba tukar.Imej apa?Imej apa?Jadi blog ini pon AKAN bertukar wajah sikit masa lagi.Bersuara baru.Selari dengan usia remaja.Sedikit rebellious.
Umur tuannya juga akan bertambah beberapa hari lagi.Inevitable.Usia makin naik tapi jiwa tetap muda.Reverse tahun kucing.Baru nak masuk 5 tahun.Chewah! Tambah setahun, orang kata patut bertambah bijaksana,bertambah matang,bertambah sabar,bertambah paham hal-hal dunia.Tapi apalah ada dengan meletakkan ukur pada kematangan sel-sel badan.Cell maturity.Kulit kian kendur ,garis usia makin terbentuk,bilangan tulang mengurang.Apa yang ada di dalam minda dan kebolehan tak kan terukur dengan itu sahaja.
Contohnya.Semalam hajat hati nak buat kek.Kerana ada satu masa dalam satu ketika level kerajinan memasak dan mengemas naik.Tak payah cerita bila dan kenapa.Kek yang nak di buat kek pelangi,merah,hijau,coklat dan kuning.tapi bukak aja kabinet cuma ada hijau dan kuning sahaja pewarna makanan.Isk tak cantik la pulak. Akhirnya settle for kuning dan coklat.Haha. Seperti kek - kek sebelum nie dalam sejarah kek yang dibuat akhirnya ia siap.Tapi seperti biasa I have massacre the recipe dan akhirnya siaplah kek ciptaan sendiri. Tambah itu,kurangkan ini.Sampai sekarang sains membuat kek tak lekat di otak.Boleh makan tapi kalau masuk periksa…fail!Jadi campakla cabaran masak makanan lain, lauk pauk ,nasi,mee,pasta dan segala pasti menjilat jari tapi janganlah kuih dan kek. Rosak! So macam mana?Umur dah ¼ abad tapi kek dan biskut pon tak lepas lagi.Nasib baiklah tak begitu suka makan kek dan biskut.Jadi bukan masalah besar.
Kesimpulannya,apalah ada pada umur .
Oh ya,ruang ini akan senantiasa di sini tapi tempat menulis akan berbeza seminggu dua lagi.Pindah. Yerp Myredtoaster akan berpindah ke rumah baru.Lebih dekat dengan city.Lebih happening.Hahaha.Dunia baru untuk explore. Yemen Place dan kedai-kedai halal berdekatan.‘Taman hijau’ baru untuk membazirkan masa barjalan-jalan dan dekat dengan stadium Tynecastle .
Kisah chips gemukBerbulan rasanya dah ‘puasa’ dari makan kentang goreng. Semenjak ke sini dan semenjak fast food restoran bertukar sign dari ‘Mari makan’ kepada ‘Forbidden. Keep Away‘ ,kentang pon sudah tak ada dalam menu lagi.
Tapi kelmarin tangan sedikit gatal dan beli chips dari Student Shop. Jadinya menu makan semalam chicken with chips-lah.
Kisahnya,chip di sini saiz nya XXL. bukan saja chips potion makanan nya pon sama. Very big portion untuk orang kita. Maka sebab itulah after first attempt makan di Microbyte cafe di universiti, keputusan dibuat untuk bawa bekalan sahaja. Tak terhabis makanannya. Membazir sahaja.
Salah satu dari jenama chip baru-baru ini dapat pengiktirafan sebagai makanan sihat. Bagaimana kentang yang di deep fry di kategorikan sebagai makanan sihat?
Kentang goreng sudah masuk menu semula. Qualified dalam liga makanan harian.
Assignment BermulaSepatutnya, sekarang saya menaip assigment pertama untuk TERM DUA. Tapi menonton Dr Who lebih menarik!
Monday, January 08, 2007
11:35 AM
|